Sunnah apa yang kita amalkan?

“Sunnah apa yang awak amalkan dalam kehidupan seharian awak?..kita mula dari bangun tidur..”

Aku termangu seketika..

“Saya bangun..solat subuh”, aku menjawab.

“Tak baca doa bangun tidur?”

Diam.

“Masuk tandas..baca doa tak?”

“Baca..kalau teringat..,”terasa lucu dipendengaranku..macam budak-budak.

“Lepas ambil wudhuk..baca doa tak?”

“Erm..tak,”aku menjawab tanpa rasa segan silu..untuk ditarbiah harus jujur dan untuk membaiki diri juga harus jujur.

“Tengok cermin?”

“Erm..saya tahu ada doa dia tapi sy tak buat”

“Lagi..solat..sebelum solat buat tak sunnah nabi?,” termangu lagi..memikirkan apa sunnah nabi yang perlu dibuat.

“Mathurat baca tak?”

“Baca”

“Dhuha buat tak?”

“Buat”

“Ok umi rasa cukup setakat tu..tengok dah berapa banyak sunnah2 nabi yang kita tinggalkan?”

Aku terdiam.

Nah, soalan2 tadi hanyalah sebagai mukaddimah atau refleksi diri..mengukur sejauh mana sebenarnya yang kita katakan kita mengamalkan sunnah nabi.

Kelakar ke kalau kita menadah tangan untuk membaca doa sebelum masuk ke tandas?

Kelakar ke kalau kita baca doa ketika makan di restoran2 atau di tempat awam?

Soalan2 tadi benar2 membuka mata aku sebenarnya…adakah kita sekadar menyebut di mulut tapi tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Bukan main kita menyambut maulidur rasul.. membuat perarakan sambil membawa sepanduk ‘kami sayang rasul’ dan sebagainya tapi sunnah apa yang kita amalkan sebagai tanda sayang kita kepada rasulullah saw. Hurm..

Dan selepas itu aku sedar..untuk mengamalkannya perlu lah secara perlahan2. Beramal satu demi satu agar tiap2 darinya menjadi tabiat dalam diri..biar sebati.. Kata orang biar sedikit lama2 jadi bukit..

Dan aku cuba..

Malam itu sebelum tidur..

“Ok jangan tidur lagi…semua pergi ambil wudhuk..baca 3 qul dengan doa tidur dan sapu pada seluruh badan..lepas tuh semua boleh tidur…tidur sunnah nabi macam mana?” pesan ummi.

“Mengiring ke kanan”

Aku tersenyum.

Penghapus nikmat

Terasa baru semalam kami berbual-bual membincangkan insurans yang aku beli. Dia menjelaskan polisi yang ada walaupun entah berapa persen sahaja yang aku fahami. Sempat lagi aku menceritakan bahawa ayahku pernah mengambil insuran pendidikan untukku tetapi selepas agen itu meninggal, terus tidak tahu ke mana hala tuju..ayahku juga sudah berhenti membayar semenjak dia bersara.

“Jangan risau, kalau saya… nauzubillah la kan bukan minta tapi kalau saya meninggal, ada agen lain yang akan ambil alih untuk uruskan”

Aku hanya mengangguk,..membelek sekali lalu borang2 yang perlu diisi dan menandatangani apa yang perlu.

Itu kisah akhir tahun lalu..

Baru pagi tadi aku menerima berita bahawa dia sudah meninggal dunia. Terkejut sebenarnya. Memang benar, kematian itu tidak dapat dilambatkan atau di percepatkan walau sesaat cuma. Hatiku menangis. Bagaimana kalau aku mati dalam keadaan tidak sempurna agamaku? Solatku? Amalanku? Nauzubillah. Moga2 Allah memberikan kita pengakhiran yang baik.

Subhanallah, masih ada insan sepertinya!

Pagi semalam aku bertemu dengan seorang wanita, seorang Kristian yang memeluk islam, berasal dari Amerika. Sudah puluhan tahun dia memeluk agama islam, akhirnya berhijrah ke Malaysia seterusnya berkahwin dengan seorang lelaki yg Insya Allah yang berjaya membimbingnya. Sebenarnya aku tidak sangka untuk bertemu insan sepertinya. Seorang yang bersunguh-sungguh mengamalkan islam dalam hidupnya. Hidup bahagia dengan keluarga dalam keadaan cukup sederhana.

Dia tidak berhenti-henti bercerita kepada kami tentang kerjayanya, hidupnya sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah agama. Sekali sekala si suami yang kami panggil ustaz itu mengusik, isterinya memang tidak boleh berhenti bercakap. Kami tersenyum, faham tentang kerjaya isteri berada di rumah dan tidak punya ramai teman berbual melainkan anak2 dan laptopnya.

Wanita ini hidup dengan penuh rasa syukur. Tidak berhenti-henti mengusik suaminya untuk berkahwin lain. Kami sangkakan gurauan sahaja, tetapi wanita ini menjelaskan jika benar, mengapa tidak?

“Kalau Allah hantar dia untuk tolong saya (dengan mengambil saya sebagai isteri), kenapa tidak sy izinkan dia untuk tolong orang lain juga?”, dia menjawab dengan penuh rasa syukur.

Subhanallah! Tersentak aku dibuatnya. Tanyalah wanita mana sekalipun pasti sukar untuk mereka berkongsi kasih. Tetapi wanita ini, berlainan pula pemikirannya.

“Tapi bukan dengan yang muda lah, harus yang tua-tua,” tambahnya lagi sambil tersenyum.

tergelak kami mendengarnya.

Si suami yang lama mendiamkan diri akhirnya bersuara,” Saya bukanlah benar2 memaksudkannya, tapi saya hendak dia terima islam secara menyeluruh, tidak menolak walau sedikitpun apa yang islam benarkan”.

Subhanllah, ternyata pasangan suami isteri ini meletakkan cinta Allah di hadapan, hidup saling melengkapi seadanya untuk mencari keredhaan Allah.

WANITA INI..REFLEKSI DIRI

Tabahnya wanita ini, berhijrah pada agama islam dan berhijrah ke tempat orang untuk memulakan hidup baru. Hidup dalam keadaan yang mungkin serba kekurangan tetapi bahagia dengan suami yang sentiasa membimbingnya. Sentiasa positif dan bersyukur dengan apa yang ada serta tidak pernah meminta minta.

Andai cinta Allah sudah diperolehi, apa lagi yang dikehendaki?

Image

Orang tua

Aku menatap seraut wajah tua dihadapanku.

“Apa tuh tokwan?”, aku bertanya.

“Ubat”,jawabnya.

Tangannya ligat mengeluarkan paket2 ubat yg disimpan di dalam bekas ais krim tu. Bukan sepaket dua.. tetapi berkotak2. Bayangkan  berapa banyak ubat yg perlu di ambil sehari, semuanya untuk memastikan penyakit dalam keadaan terkawal.

Aku tahu tokwan bukannya larat. Hendak memegang cicit pun sudah tidak mampu. Tak kuat katanya, takut terlepas.  Saat dia dilanda demam atau cirit birit, penatnya tidak terkata. Bayangkan dengan tenaga yang tidak seberapa, perlu bergegas ke tandas, itupun kalau sempat… kalau x…

Orang tua,kadang2 sudah berwuduk sudah sampai ke bilik, kadang2 terbatal, perlu ke tandas semula untuk mengambilnya… kadang2 di tengah solat pun boleh terbatal solat…. Banyak betul dugaannya..

Namun satu yang aku kagumi, di saat dia tidak larat, dia masih mampu menunaikan solat, mengaji, solat dhuha..  Kadang2 selalu aku lihat tasbih ditangannya, berzikir…. Subhanallah… Bukan senang untuk istiqamah, di saat diri diuji dengan pelbagai penyakit dan dengan kudrat yang tidak seberapa di usia tua.

Tersenyum mengingatkan telatah kami yang nakal. Kadang2 melawan cakap tokwan. Maklumlah, generation gap. Bising dia menyatakan rasa tidak berkenan tentang fesyen perempuan sekarang yang entah apa2…lilit sana lilit sini…ketat, singkat..aku hanya menadah telinga mendengar… Alhamdulillah, fesyenku tidak pernah dikritik setakat ni..haha

Tetapi aku suka mendengarkan kata2 orang tua. Ya, kadang2 mungkin tidak sebulu dengan golongan muda…tetapi ada betulnya. Kerana mereka bercakap atas dasar pengalaman hidup., yang orang muda tak ada.

p/s: I don’t know why I’m writing this, just suddenly remembered her J

Belajar untuk apa?

Alhamdulillah…baru sahajat selesai menjalani paper ke 2 untuk semester ni, computer  organisation…. keluar dewan dengan muka tersenyum penuh redha🙂 muka yang sudah tidak meletakkan apa2 target untuk sem ini.

Aku tertarik dengan kata2 “Kalau awak fikir awak buat dan cuba harungi semua ni sebab awak nak berjaya, bila awak kalah, awak akan rasa berganda-ganda penat.”

copied from: http://sarahshukor.com/

kata2 yg aku jumpa semasa blogwalking

Penat! Penat belajar hanya untuk exam! … hari2 dalam ‘lecture week’ dipenuhi dengan aktiviti ulang kaji, seakan tidak pernah belajar..and the cycle goes on every semester. Bila pointer tidak seperti diharapkan, terasa lagi penat untuk bangkit dari sebuah kekalahan….sampai sebenarnya kita terlupa kita belajar untuk apa? Kalau sekadar mendapat result yg tinggi tanpa belajar dalam erti kata yang sebenarnya, maka ternyata hari2 yg dilalui untuk menuntut ilmu ini adalah sia2…

Berkali kali aku cuba mengingatkan..belajarlah kerana kita ingin tahu, kerana kita ingin menuntut ilmu..kerana kita hendakkan redha Allah..bukan sekadar untuk mendapat pointer tinggi..

tapi untuk istiqamah dgn niat ini bukanlah sesuatu yang mudah…memerlukan mujahadah yg berterusan…

Aku tidak sekuat kamu

Surah Al Ankabut ayat 3-4

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut: 3-4) 

Dulu aku pernah membaca 1 buku, Bila Allah menduga kita.(lebih kurang tajuknya). Helaian demi helaian yang menceritakan tentang ujian2 yang dihadapi manusia, membuat aku berfikir sebenarnya, bagaimana jika aku berada di tempat mereka? Membaca kisah orang lain sahaja bisa buat aku lemah, apatah lagi jika berada di tempatnya? Sudah pasti rebah!

Setiap manusia diuji berlainan mengikut kemampuannya. Ada yang diuji dengan harta, keluarga, pelajaran, perasaan dan sebagainya. Dan ada yang diuji dengan kesenangan. Andai diuji dengan kesusahan, kemungkinannya hati makin dekat dengan Allah, hari2 memohon kekuatan dalam doa. Tapi bagaimana kalau diuji dengan kesenangan? Kemungkinan besar makin leka seterusnya makin jauh dari Allah. Nauzubillah

Solusinya, di saat susah atau senang, sentiasalah memohon kekuatan dari Allah. Moga2  bila dekatnya kita dengan Dia, akan membuatkan diri kita kuat untuk menghadapi liku2 dalam hidup kita.

Freshly pressed: 3.14 am